Kepentingan loji nuklear Loji Tenaga Nuklear Malaysia

Rizab minyak mentah Malaysia akan habis dalam tempoh 19 tahun akan datang. Rizab gas asli Malaysia akan habis dala tempoh 33 tahun akan datang. Sehingga 2009 belum ada telaga minyak baru ditemui. Ketika ini (2006) 80 % tenaga elektrik di Malaysia menggunakan gas. 20 % lagi menggunakan arang batu, minyak dan hidro.[5]

Dr. Samia Rashad dari Pusat Kebangsaan Keselamatan Nuklear dan Kawalan Radiasi Mesir menjelaskan bahawa sebuah stesen jana kuasa arang batu (fosil) yang berkuasa 1,000 MW akan melepaskan 100 kali ganda bahan radioaktif kepada alam sekitar berbanding sebuah reaktor nuklear.Persidangan Akademi Sains Islam di Sarawak pada 29 September 2003 mendedahkan bahaya bahan api fosil jauh melebihi sumber nuklear.

Sebuah reaktor nuklear menjana 1000 megawatt memerlukan hanya 27 tan metrik minyak setahun. Sedangkan sebuah jana elektrik memerlukan 2.6 juta tan metrik arang batu atau dua juta tan metrik minyak.

Timbalan Naib Canselor Universiti Perubatan Sains Masterskill Prof Datuk Proom Promwichit menyatakan hanya 0.007 % risiko bagi penggunanya .Belum ada kes kemalangan reaktor tenaga nuklear yang memberi kesan besar kepada tamadun manusia kecuali ia berlaku akibat daripada kecuaian manusia sendiri.